Categories
OEM

Sekadar nak popular, tapi tak tahu matlamat sebenar bila nak buat produk pun tak boleh juga ye.

Sekadar nak popular, tapi tak tahu matlamat sebenar bila nak buat produk pun tak boleh juga ye.

Produk viral cuma akan popular sekejap sahaja. Tetapi kalau kita bina personal branding, barulah popular tu akan kekal lama. Personal branding sangat penting sebagai contoh bila orang ingat Steve Job, mesti akan fikir Apple.

Kalau kita ambil case study dari Apple, kita akan tengok yang jenama Apple menggunakan personal branding sebagai strategi marketing mereka.

Ada 4 perkara yang kita boleh belajar.

Pertama, estetik. Rupa luaran produk sangatlah penting untuk menarik perhatian pengguna. Gunakan konsep yang boleh diingati oleh pengguna.

Kedua, fahami pengguna. Apabila sesuatu jenama menggunakan pengguna sebagai sebab utama untuk menghasilkan produk. Maka produk tersebut akan mudah diingati dan lebih mesra di kalangan pengguna.

Ketiga, inovasi. Untuk menjadi jenama yang hebat, anda harus tampil lain dari yang lain serta mengeluarkan inovasi yang boleh memudahkan urusan orang lain. Dari segi bentuk packaging pun anda boleh berinovasi supaya tampil unik!

Keempat, banyak memberikan pilihan. Sebagai satu jenama, anda tidak boleh terikat dengan satu perkara sahaja. Anda wajib mencuba perkara baru untuk kekal relevant.

Nak buat produk jenama sendiri?

Categories
OEM

8 Tips Buat Bisnes Dari Rumah?

8 Tips Buat Bisnes Dari Rumah?

Jika anda baru nak mulakan bisnes? Tapi nak buat bisnes dari rumah je?

Boleh tak ada masalah.

Tapi yang paling penting anda perlu tahu pantang larang dia. Sebab bila dekat rumah, memang berhantu! Asyik rasa malas, tak semangat, nak tengok TV je.

Jadi apa perlu buat?

1. Anda perlu sediakan ruang khusus untuk bekerja dari rumah.

2. Anda perlu susun masa kerja anda supaya anda boleh lebih fokus. Elakkan campur aduk masa anda dengan keluarga.

3. Belajar untuk kekal berdisplin. Bekerja di rumah bukan bermakna anda boleh curi tulang.

4. Belajar tetapkan ‘priority anda’. Buat important to do list supaya anda boleh fokus selesaikan kerja yang lebih penting.

5. Tetapkan goal anda dari yearly, quaterly, monthly & daily dan belajar untuk mencapainya dalam masa yang ditetapkan.

6. Buat simpanan tetap supaya anda boleh kembangkan lagi bisnes anda.

7. Guna semua free marketing platform untuk anda bina komuniti supaya senang anda nak upgrade kepada paid marketing.

8. Mula untuk hire orang untuk bantu kerja rutin anda seperti packing, print postage, delivery dan sebagainya.

Yang paling penting, anda perlu fokus untuk capai target anda dan berusaha keras untuk kembangkan bisnes anda.

Categories
OEM

Apa Itu OEM?

Apa itu OEM

OEM adalah singkatan kepada Original Equipment Manufacturer. Untuk anda yang berminat ingin keluarkan produk sendiri, anda perlu mencari kilang OEM untuk realisasikan impian anda.

Kilang OEM seperti kami di Domes Marketing, kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda keluarkan produk sendiri dengan selesa. Kami juga pakar dalam penghasilan produk kesihatan dan juga kecantikan.

Apa yang anda perlu buat jika berminat untuk hasilkan produk sendiri di kilang OEM?

Kenal pasti produk yang anda berminat nak keluarkan. Kami mempunyai pelbagai jenis produk skincare dan juga produk supplement.

Untuk produk jenis supplement kami sediakan packaging berbentuk sachet dan juga pouch. Kami sediakan tekstur jenis cecair, serbuk dan juga jelly. Anda boleh memilih untuk mengeluarkan produk supplement Whitening untuk antioxidant, anti-aging, collagen, firming skin dan moisture skin. Produk Supplement jenis wellness, anda boleh keluarkan produk yang ada function untuk breast firm, built muscle product, eyes protect, women health serta men health. Seterusnya, kami juga keluarkan produk supplement Detox dan juga Weight Management.

Untuk produk skincare, kami ada pelbagai jenis packaging seperti yang anda lihat disini. Kami mempunyai pelbagai jenis skincare, bodycare dan juga haircare. Untuk skincare, kami menyediakan serum, essence, cream, gel mask, toner, cleansing milk, scrub serta moisturizer. Untuk bodycare, kami menyediakan body wash, hand wash, body soap dan lotion. Untuk haircare, kami menyediakan shampoo, serum, tonic dan conditioner.

Ini semua contoh-contoh produk yang kilang OEM kami boleh hasilkan.

Bila anda sudah kenal pasti produk jenis apa yang anda nak buat, contohnya Produk Supplement jelly. Logiknya bila anda nak buat produk sendiri, anda takkan nak jual 15 sachet je betul tak. Kita akan jual berkotak-kotak. Jadi anda boleh fikir balik, siapa yang bertanggungjawab untuk menghasilkan supplement dalam skala yang besar? Kilang OEM la yang akan hasilkan semua tu.

Bila anda dah kenal pasti jenis produk yang anda ingin keluarkan seterusnya anda perlu sediakan bajet. Seterusnya anda perlu melalui fasa R&D, dekat sini anda boleh olah formulasi anda sehingga betul-betul menjadi. Barulah anda boleh finalize untuk hasilkan produk OEM. Yang paling best, apabila anda mengambil keputusan untuk buat produk jenama sendiri dengan kami, kami akan berikan kemudahan yang terbaik untuk anda. Pendek kata, selesa sangat anda akan berurusan dengan kami. Tunggu produk siap sahaja.

Jom saya terangkan sekejap tawaran best kami iaitu

TEMPAH 1, PERCUMA 11

Ini yang anda bakal dapat apabila anda buat produk jenama sendiri dengan kami.

1. Rekabentuk logo dan kotak yang unik

2. Kotak normal atau foil printing

3. Printed sachet

4. Website serta domain dengan maklumat

5. Gambar produk 8 keping

6. Video produk 30 saat

7. FREE tutorial cara setting iklan

8. FREE tutorial cara shoot gambar dan editing

9. FREE tutorial cara shoot video dan editing

10.Formula kenalpasti target pengguna dengan tepat

11.Pengelasan makanan KKM

Jika anda berminat ingin mencari kilang OEM untuk realisasikan impian anda, boleh datang ke kilang kami.

Semoga apa yang dikongsi harini bermanfaat.

Categories
OEM

Anda Nak Mulakan Online Bisnes? Tapi Takut Bisnes Tak Berkembang?

Anda Nak Mulakan Online Bisnes? Tapi Takut Bisnes Tak Berkembang?

Mana-mana founder yang dah berada dalam industri health & beauty ni, memang yakin boleh dapatkan 6 anggaran sales sebulan. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana semestinya supplement merupakan satu keperluan untuk rakyat Malaysia.

Tetapi masalah bila menjual secara online, anda bakal berhadapan dengan stok yang tak cukup tapi demand terlampau banyak!

“Demand ada, stok tak cukup”

Kebanyakan kilang akan memberikan pelbagai alasan kerana tidak sempat keluarkan produk dalam masa yang ditetapkan. Contoh alasan yang diberikan, bahan tak cukup, memerlukan masa lebih dan sebagainya.

Anda yang mesej setiap hari tanya update pun penat sebab jawapan sama je.

Lama-lama tunggu memang boleh buat pelanggan lari dan anda sendiri rugi.

Kasihan ramai pelanggan yang nak repeat order tapi terpaksa tunggu lama.

Bila pelanggan dah kecewa dengan servis anda, memang akan memberikan kesan buruk kepada perniagaan.

Rating dari 5 star terus jatuh 1 star sahaja!

Tetapi anda jangan risau, kami boleh bantu anda untuk selesaikan masalah stok lambat.

Domes Marketing merupakan kilang OEM yang pakar dalam penghasilan produk skincare dan supplement. Ramai yang berpuas hati dengan servis kami kerana kami akan update dan remind anda untuk keluarkan stok sebelum stok lama habis.

Anda tak perlu risau, kami bertanggungjawab untuk memberitahu anda tentang keadaan produk, tarikh yang boleh dikeluarkan serta berapa banyak kuantiti yang boleh kami sediakan. Dari situ bila anda nak buat planning untuk restok akan jadi lebih mudah.

Dengan bantuan Domes, anda akan senang kembangkan bisnes dan boleh capai 6 anggaran sales dengan stabil.

Categories
OEM

Beli Sikit Untuk Testing Boleh Ke?

Beli Sikit Untuk Testing Boleh Ke?

Sebenarnya dari segi sampel pun boleh untuk buat testing. Ada juga yang tanya kami, mereka berminat untuk hasilkan produk tetapi belum yakin dengan formula atau bahan-bahan yang ada dalam produk yang ingin keluarkan.

Jangan takut, kami akan berikan penerangan yang secukupnya supaya anda akan rasa lebih yakin dengan produk anda. Kami boleh bantu anda dari sampel produk, iaitu untuk ubah rasa, formula serta bahan-bahan yang ada supaya anda boleh keluarkan satu produk yang berkesan.

Ramai juga yang pernah mencuba dan antara respond yang kami dapati:

1. Ada yang cakap best bila cuba, nampak kesan dari sekali pakai.
2. Ada juga yang berkali-kali cuba baru nampak kesan.
3. Kebanyakan ramai yang berpuas hati dengan ingredient yang kami hasilkan.

Bila anda dah rasa serasi dengan sampel yang dicuba, boleh proceed untuk confirm.

Nasihat kami untuk anda, kalau nak cuba sampel. Pastikan betul-betul serious untuk tengok perubahan setiap hari.

Jika sampel yang diambil tiada kesan, boleh rujuk pihak kami untuk dapatkan sampel dengan menggunakan bahan yang lain.

Jika sampel yang diambil mempunyai kesan dan anda sudah berpuas hati, boleh bertanyakan pendapat untuk improve lagi sampel yang dah ada.

Dari sampel, anda sudah boleh dapatkan feel guna produk jenama anda sendiri.

Yang penting, setiap perubahan ataupun sebarang isu yang ada, beritahu saja pihak kami supaya kami boleh ubah mengikut kesesuaian.

Kalau anda nak cuba sampel dulu boleh tekan link kami.

Categories
OEM

Masa Itu Emas

Masa Itu Emas

Pernah dengar tak tentang ayat “masa itu emas?”

Dari setiap saat kita sering tolak idea kita untuk hasilkan produk sendiri, kita kena ingat, time flies.

Masa yang berlalu tidak dapat diganti semula.

Bila kita ambil masa terlalu lama untuk berfikir samada nak keluarkan produk sendiri atau tidak, kemungkinan yang bakal terjadi:
1. Idea anda sudah tidak relevant
2. Anda akan ada banyak persaingan
3. Anda sendiri ragu-ragu dengan keputusan anda
4. Akhirnya, anda nekad untuk tidak keluarkan produk sendiri
5. Anda akan menjalani kehidupan anda macam biasa dan tiada titik perubahan

Hari demi hari, anak makin membesar dan masalah kewangan masih juga tidak berubah. Cukup makan je. Akhir bulan dapat gaji. Kehidupan anda berulang-ulang seperti itu sehingga rambut pun sudah beruban.

Adakah anda inginkan kehidupan yang macam tu?

If no, start change your life dan isikan masa dengan aktiviti yang akan membawa anda kepada goal anda.

Take your time but not too long. Hehe.

We wished you good luck!

“Terdetik hati nak keluarkan produk sendiri?”

Buat temujanji dengan kami.

Categories
OEM

Jangan Ambil Risiko Dengan Hasilkan Produk Yang Tiada Kesan

Jangan Ambil Risiko Dengan Hasilkan Produk Yang Tiada Kesan

Adakah anda serius ingin keluarkan produk sendiri?
Atau hati anda masih berbelah bagi untuk keluarkan produk dekat kilang yang tidak berkualiti?

Atau anda sudah rasa yakin untuk keluarkan produk yang anda sendiri tahu bukan daripada bahan organik dan penuh dengan bahan kimia?

Produk itu ibarat nyawa dan reputasi anda.

Produk jenama sendiri merupakan satu produk yang anda sendiri akan merasa bangga kerana itu adalah produk keluaran anda sendiri. Anda yang sudah bersusah payah melalui proses pengeluaran dari A – Z, keluarkan modal, bina strategi marketing sendiri serta kenalkan produk di pasaran.

Semua itu perlukan tenaga, pengorbanan serta penat lelah anda.

Jaga kualiti produk, nanti pelanggan sendiri akan repeat order

Untuk keluarkan produk tidaklah mudah. Tetapi jika dari awal anda sendiri sudah mengambil langkah yang betul, dengan menggunakan bahan organik serta tiada pewarna tiruan. Produk yang berkualiti boleh bantu pelanggan untuk kekalkan kesihatan mereka untuk jangka masa panjang.

Jadi… Kalau anda benar-benar ingin keluarkan produk, tolong jangan rosakkan produk sendiri dengan amalan yang tidak beretika.

Produk yang bagus mempunyai kualiti bahan yang premium, tidak mendatangkan kesan bahaya, mengekalkan kesihatan serta tiada bahan kimia. Yang paling penting, dihasilkan oleh kilang yang berpengalaman dalam pengeluaran OEM.

Categories
OEM

Besar Ke Modal Yang Diperlukan?

Besar Ke Modal Yang Diperlukan?

Kalau sebut je modal memang semua orang curious nak tahu.

BESAR SANGAT KE MODAL YANG DIPERLUKAN?

MAHAL KE NAK BUAT PRODUK JENAMA SENDIRI?

Sebenarnya, rahsia dia mudah sahaja. Ianya bergantung kepada produk apa yang anda ingin keluarkan.

Ikut saja langkah-langkah ni:

1.       Tahu produk apa yang anda nak keluarkan?

2.       Bahan-bahan apa yang anda ingin gunakan? 

3.       Packaging produk jenis apa yang anda nak pakai?

Bila anda dah kenalpasti dengan jelas tentang produk yang ingin dikeluarkan,  minta terus quotation dengan pengilang.

Barulah tiada isu kena tipu ataupun modal tak cukup.

Nak dapatkan info lebih lanjut? Klik link kami.

Categories
OEM

Bercadang Nak Buat Jenama Sendiri?

Bercadang Nak Buat Jenama Sendiri?

Pada awalnya, Siti cuma nampak kami dari iklan. Bukan satu kali, berkali-kali. Tu yang membuatkan dia nampak bayangan Domes bila terfikir nak buat produk. Bukan apa, pergi kilang lain, susah. Kena settle semua benda sendiri. Kalau Domes, semua benda kita boleh harapkan.

Sekarang, Siti nekad nak keluarkan produk untuk masalah ekzema dalam bentuk lotion. Susah nak cari produk yang boleh selesaikan masalah ni. Sapulah banyak mana lotion pun, masalah tu tetap juga tidak membaik. Itu yang membuatkan beliau yakin nak keluarkan produk sendiri kerana formula lotion yang dipakai setiap hari nampak perubahan yang sangat ketara.

Nak buat produk sendiri bermaksud kena cari kilang OEM.

Kebanyakan kilang cuma sediakan proses untuk production sahaja. Mana-mana founder yang tengah mencari kilang, akan tahu betapa penatnya nak cari dan filter setiap satu kilang demi mencari yang terbaik.

Ada juga kilang yang tidak menyediakan kotak untuk produk yang dah siap. Memang bajet akan lari kerana terpaksa pergi ke kilang lain untuk siapkan  kotak.

Hanya sedikit sahaja kilang yang sediakan semua dari A-Z.

Kalau tak cari kilang yang berkualiti dengan betul, ia akan membuatkan produk kita lambat nak keluar.

Jika anda bercadang nak hasilkan produk sendiri?

1.     Perlu cari kilang yang betul.

2.    Pastikan kilang tersebut mempunyai tawaran yang boleh jimatkan kos dan masa anda.

Ia adalah satu langkah perjuangan menuju kejayaan yang di luar jangkaan.

Antara tawaran istimewa kami untuk anda, “Tempah 1, Percuma 11’.

Jika anda nak keluarkan produk, anda akan terus dapatkan:

1.       Rekabentuk logo dan kotak yang unik

2.       Kotak normal atau foil printing

3.       Printed sachet

4.       Website serta domain dengan maklumat   

5.       Gambar produk 8 keping

6.       Video produk 30 saat

7.       FREE tutorial cara setting iklan

8.       FREE tutorial cara shoot gambar dan editing

9.       FREE tutorial cara shoot video dan editing

10.   Formula kenalpasti target pengguna dengan tepat

11.   Pengelasan makanan KKM

Alhamdulillah, kini Siti gembira dengan proses pengeluaran OEM yang dilaluinya. Servis pun okay. Kemudahan yang kami berikan kepada Siti, betul-betul tak perlu pening kepala. Tinggal tunggu produk siap sahaja!

Berminat untuk hasilkan produk jenama sendiri, klik link kami di bawah!

Categories
OEM

Langkah Pertama Memulakan Perniagaan Anda

Langkah Pertama Memulakan Perniagaan Anda

Akan pasti ada masa anda RAGU-RAGU dengan keputusan anda…

Kadang kala anda juga RUNSING dengan masalah yang seperti tiada solusi…

Ada masa anda TERINGAT DENGAN KEGAGALAN yang pernah anda harungi…

Mungkin di mata mereka, anda bukan pemenang.

Tapi di mata kami, ANDA ADALAH PEJUANG.

Anda ragu-ragu tetapi, anda tetap berani untuk mengorak langkah ke hadapan.

Anda runsing dengan masalah tetapi, anda tetap kuat dan terus mencari jalan.

Anda pernah gagal tetapi, anda tetap bangkit dan meneruskan perjuangan anda.

Memulakan perniagaan bukanlah satu langkah ke arah kemegahan.

Ia adalah satu langkah perjuangan menuju kejayaan yang di luar jangkaan.

Dan kami DOMES, akan terus membantu merealisasikan impian anda, dan melihat dari sisi terbaik anda sebagai seorang usahawan.

Klik sahaja link di bawah untuk kami bantu anda realisasikan impian anda.