Jika anda baru nak mulakan bisnes? Tapi nak buat bisnes dari rumah je?
Boleh tak ada masalah.
Tapi yang paling penting anda perlu tahu pantang larang dia. Sebab bila dekat rumah, memang berhantu! Asyik rasa malas, tak semangat, nak tengok TV je.
Jadi apa perlu buat?
1. Anda perlu sediakan ruang khusus untuk bekerja dari rumah.
2. Anda perlu susun masa kerja anda supaya anda boleh lebih fokus. Elakkan campur aduk masa anda dengan keluarga.
3. Belajar untuk kekal berdisplin. Bekerja di rumah bukan bermakna anda boleh curi tulang.
4. Belajar tetapkan ‘priority anda’. Buat important to do list supaya anda boleh fokus selesaikan kerja yang lebih penting.
5. Tetapkan goal anda dari yearly, quaterly, monthly & daily dan belajar untuk mencapainya dalam masa yang ditetapkan.
6. Buat simpanan tetap supaya anda boleh kembangkan lagi bisnes anda.
7. Guna semua free marketing platform untuk anda bina komuniti supaya senang anda nak upgrade kepada paid marketing.
8. Mula untuk hire orang untuk bantu kerja rutin anda seperti packing, print postage, delivery dan sebagainya.
Yang paling penting, anda perlu fokus untuk capai target anda dan berusaha keras untuk kembangkan bisnes anda.