Produk viral cuma akan popular sekejap sahaja. Tetapi kalau kita bina personal branding, barulah popular tu akan kekal lama. Personal branding sangat penting sebagai contoh bila orang ingat Steve Job, mesti akan fikir Apple.
Kalau kita ambil case study dari Apple, kita akan tengok yang jenama Apple menggunakan personal branding sebagai strategi marketing mereka.
Ada 4 perkara yang kita boleh belajar.
Pertama, estetik. Rupa luaran produk sangatlah penting untuk menarik perhatian pengguna. Gunakan konsep yang boleh diingati oleh pengguna.
Kedua, fahami pengguna. Apabila sesuatu jenama menggunakan pengguna sebagai sebab utama untuk menghasilkan produk. Maka produk tersebut akan mudah diingati dan lebih mesra di kalangan pengguna.
Ketiga, inovasi. Untuk menjadi jenama yang hebat, anda harus tampil lain dari yang lain serta mengeluarkan inovasi yang boleh memudahkan urusan orang lain. Dari segi bentuk packaging pun anda boleh berinovasi supaya tampil unik!
Keempat, banyak memberikan pilihan. Sebagai satu jenama, anda tidak boleh terikat dengan satu perkara sahaja. Anda wajib mencuba perkara baru untuk kekal relevant.
Nak buat produk jenama sendiri?