Soalan Lazim FAQ Kilang OEM Malaysia

Domes Marketing

Domes Marketing

Satu Kilang, Semua Lengkap

Domes Marketing merupakan kilang OEM yang menyediakan perkhidmatan pembuatan suplemen, skincare dan custom packaging di Malaysia. Kami membantu founder menghasilkan produk jenama sendiri dari proses formulasi, reka bentuk, dokumentasi sehingga pengeluaran produk.

Jika anda mempunyai soalan berkaitan MOQ, formulasi produk, NPRA, GMP, HALAL atau custom packaging, hubungi pasukan Domes Marketing untuk konsultasi lanjut. Kami membantu founder menghasilkan produk yang lebih profesional dan bersedia untuk dipasarkan.

Soalan Lazim OEM ini merupakan antara perkara yang sering ditanya oleh founder yang ingin menghasilkan produk jenama sendiri.

Soalan - Soalan Lazim OEM:

Apakah itu OEM?

OEM (Original Equipment Manufacturer) ialah perkhidmatan penghasilan produk menggunakan jenama milik pelanggan. Kilang OEM akan membantu menghasilkan produk mengikut spesifikasi, formulasi dan reka bentuk yang dipersetujui sebelum dipasarkan menggunakan jenama pelanggan sendiri.

Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan OEM?

Antara kelebihan menggunakan perkhidmatan OEM adalah:

  • Tidak perlu membina kilang sendiri.
  • Menjimatkan kos pembangunan produk.
  • Mendapat sokongan R&D dan formulasi.
  • Mempercepatkan proses pelancaran produk.
  • Membolehkan fokus kepada pemasaran dan jualan.

Bagaimana proses menghasilkan produk OEM?

Proses OEM biasanya melibatkan:

  1. Perbincangan idea produk.
  2. Pemilihan formulasi.
  3. Sebut harga.
  4. Pengesahan pesanan.
  5. Reka bentuk label dan kotak.
  6. Pengeluaran produk.
  7. Kawalan kualiti.
  8. Penghantaran kepada pelanggan.

Mengapa memilih Domes Marketing sebagai rakan OEM?

Domes Marketing merupakan penyedia perkhidmatan OEM yang membantu founder menghasilkan produk suplemen, skincare dan custom packaging dalam satu lokasi.

Kelebihan yang ditawarkan:

  • One Stop Center OEM.
  • Sokongan R&D.
  • Penghasilan produk mengikut keperluan pasaran.
  • Rekaan label dan packaging.
  • Custom packaging berkualiti.
  • Bantuan pembangunan jenama.

Dengan pengalaman dalam industri OEM dan pembungkusan, Domes Marketing membantu founder menghasilkan produk yang lebih profesional, mudah dipasarkan dan bersedia untuk berkembang dalam pasaran yang kompetitif.

 

Apakah jenis supplement Domes Marketing boleh hasilkan?

Jenis supplement Domes Marketing boleh hasilkan adalah supplement kecantikan dan kesihatan. Terdapat 3 jenis texture supplement kami boleh hasilkan iaitu powder, liquid dan jelly.

Apakah jenis skincare paling popular dipasaran sekarang?

Jenis skincare paling popular dalam pasaran sekarang adalah soap cleanser, cleanser, moisturizer, toner, serum dan sunscreen. 

Adakah saya perlu mempunyai formula sendiri?

Tidak semestinya. Domes Marketing mempunyai pasukan R&D yang boleh membantu mencadangkan formulasi yang sesuai mengikut kategori produk dan sasaran pasaran anda.

Bolehkah saya menghasilkan formulasi sendiri?

Ya, Domes Marketing mempunyai pasukan R&D yang pakar menghasilkan formula supplement dan skincara mengikut keperluan produk anda.

Berapa modal diperlukan untuk memulakan produk OEM?

Modal bergantung kepada:

  • Jenis produk.
  • Kuantiti pesanan.
  • Jenis pembungkusan.
  • Bahan mentah digunakan.
  • Rekaan label dan kotak.

Founder disarankan mendapatkan sebut harga terperinci daripada kilang OEM sebelum membuat keputusan.

Apakah MOQ minimum OEM produk?

MOQ minimum bergantung kepada kategori produk:

  • MOQ OEM Suplemen: 500 unit produk
  • MOQ OEM Skincare: 500 unit produk
  • MOQ Kotak Packaging: 500/1000 keping kotak

Bolehkah jual produk supplement kecantik dan kesihatan di Shopee, Tiktokshop, Lazada dan platform sosial media lain?

Boleh, tapi pastikan produk supplement kecantikan dan kesihatan anda tidak mengandungi bahan-bahan terlarang. Jangan jual secara over claim contoh supplement ini boleh sembuh kanser.

Bolehkah jual produk skincare di Shopee, Tiktokshop, Lazada dan platform sosial media lain?

Boleh, tapi pastikan produk skincare anda tidak mengandungi bahan-bahan terlarang. Jangan jual secara over claim contoh pakai serum ini, esok parut jerawat semua hilang.

Ya, kami membantu proses dokumentasi dan notifikasi produk mengikut keperluan pihak berkuasa yang berkaitan. Tapi anda perlu buat tambahan bayar dahulu. 

Boleh bantu mohon pendaftaran TOKEN & N.O.T (KKM) untuk produk skincare?

Boleh, untuk founder yang telah buat tempahan produk OEM skincare di Domes Marketing. Pihak kami juga boleh bantu anda buat pemohonan pendaftaran TOKEN & N.O.T (KKM) untuk produk OEM skincare jenama anda . Tapi anda perlu buat tambahan bayar dahulu. 

Boleh custom made kotak produk?

Boleh, Domes Marketing menyediakan perkhidmatan printing dan pembuatan custom made kotak produk. Kami mempunyai kilang pembuatan custom made kotak packaging sendiri dan in-house designer team sendiri.

Adakah perkhidmatan design kotak disediakan?

Ya. Kami menyediakan perkhidmatan design kotak dan label produk mengikut identiti jenama pelanggan.

Adakah saya boleh menghasilkan produk jenama sendiri tanpa pengalaman?

Ya. Kami menyediakan konsultasi dari pemilihan formulasi sehingga pembungkusan produk.

Berapa lama proses pengeluaran produk?

Tempoh penghasilan produk biasanya mengambil masa antara 30 hingga 90 hari bergantung kepada:

  • Kelulusan reka bentuk.
  • Penyediaan bahan mentah.
  • Pengeluaran produk.
  • Penyediaan pembungkusan.
  • Pemeriksaan kualiti.

Siapakah yang sesuai menggunakan perkhidmatan OEM?

Perkhidmatan OEM sesuai untuk:

  • Founder baharu.
  • Usahawan online.
  • Influencer dan content creator.
  • Pemilik klinik kecantikan.
  • Pemilik farmasi.
  • Pengedar produk kesihatan dan kecantikan.

Bagaimana memilih kilang OEM yang dipercayai?

Sebelum memilih kilang OEM, pastikan:

  • Berpengalaman dalam industri.
  • Mempunyai sistem kawalan kualiti.
  • Menawarkan sokongan R&D.
  • Menyediakan perkhidmatan pembungkusan.
  • Memberi konsultasi yang jelas kepada pelanggan.

Pemilihan kilang OEM yang tepat dapat membantu mengurangkan risiko masalah kualiti produk.