Categories
OEM

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu!

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu!

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu

Semua benda nak buat sendiri,

Tak tahu nak fokus yang mana,

Tak dengar nasihat,

End up produk lambat nak keluar…

Please founder semua, bila nak keluarkan produk kena buat preparation dulu.

Jangan main redah je nanti semua tak jadi.

Pertama, anda perlu belajar dan topup ilmu. Macam mana nak jadi founder kalau semua benda kita tak tahu betul tak… Dari segi produk, packaging, finishing, KKM application dan sebagainya. Barulah semua yang kita rancang untuk hasilkan produk jenama sendiri berjalan dengan lancar. Bila nak finalize untuk production akan jadi lebih mudah.

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu

Kedua, anda perlu tahu BIG WHY anda. Contoh, anda nak keluarkan produk detox. Kenapa anda nak keluarkan? Adakah anda pernah alami masalah susah nak membuang atau banyak angin? Ataupun anda mahu bantu mereka yang mempunyai masalah sama? Barulah produk anda kekal authentic dan tidak terikut dengan trend…

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu

Ketiga, anda perlu kaji pengguna anda. Sebelum anda berani nak bina jenama sendiri, anda perlu tahu kepada siapa anda nak menjual? Kerana dari situ, anda boleh dapatkan banyak maklumat supaya branding anda, packaging anda ataupun konsep produk anda akan kena dengan golongan tersebut..

Dapat sesuatu tak daripada perkongsian harini?

Jika anda serius ingin jadi founder yang berjaya, boleh tekan link untuk temujanji.

Categories
OEM

Mana Nak Cari Kilang Supplement OEM?

Mana Nak Cari Kilang Supplement OEM?

Mana Nak Cari Kilang Supplement OEM

Sekarang ni, ramai betul yang nak jadi founder.

Bila jadi founder boleh jadi bos, duit masuk berkepuk-kepuk setiap bulan…

Boleh beli kereta mahal dan rumah besar.

Boleh jadi femes….

Kalau anda inginkan angan-angan menjadi realiti, ada step-step yang diperlukan.

Mana Nak Cari Kilang Supplement OEM

1.    Datang ke Domes Marketing. Jika anda ingin mencari kilang yang boleh keluarkan produk anda dengan berkualiti, carilah kilang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Kami merupakan kilang yang pakar dalam produk supplement.

2.    Beritahu kami apa jenis produk yang anda ingin hasilkan. Nak buat produk supplement? Cecair, jelly, serbuk?

3.    Berapa kuantiti yang anda perlukan? 1000 pcs? 5000 pcs? 10000 pcs?

4.    Bagaimana konsep design produk yang anda inginkan? Pouch? Foil printed sachet? Plain sachet?

Mana Nak Cari Kilang Supplement OEM

Proses ni penting untuk menentukan bajet yang diperlukan untuk anda keluarkan produk OEM sendiri.

Jangan risau, kami akan pastikan produk anda akan mendapat kelulusan daripada GMP dan KKM.

Kilang kami mempunyai pakar formulasi yang berpengalaman serta bahan yang digunakan organik dan tidak menggunakan perasa tiruan.

Mana nak cari kilang supplement OEM? Cari lah kami. 

Jika anda inginkan keyakinan yang kami boleh bantu keluarkan produk anda. Klik sahaja link dibawah untuk sesi rundingan.

Categories
OEM

Cara Jadi Founder Kaya

Cara Jadi Founder Kaya

Kena tipu???

Itu biasa kalau kita salah memilih kilang.

Nak buat R&D produk pun makan masa lama???

Itu biasa kalau kita sendiri tak tahu nak keluarkan produk apa.

Hai, anda semua pernah tak melalui perkara yang sama?

Cara Jadi Founder Kaya

Nak jadi founder kaya ni memang kena pilih kilang yang tepat supaya kita dapat pastikan kualiti dan juga tahap keberkesanan produk.

Harini saya nak kongsikan checklist untuk anda supaya bila nak hasilkan produk sendiri, anda akan jadi customer yang pandai supaya kilang tak boleh nak tipu-tipu lagi.

Dari segi modal? Banyak mana yang diperlukan? 10ribu? 100ribu? 1juta?

Untuk tahu berapa banyak yang perlu anda invest, mudah je.

Cara Jadi Founder Kaya

Tak dinafikan juga, kita pun ada impian tu juga.

Tapi tahun demi tahun, tak tercapai juga… Akhirnya masuk tahun 2022, kita masih lagi sama. Tetap diri kita yang dulu.

Jika kita teringin nak menjadi seorang founder, simpan angan-angan tu dan jadikan ianya suatu realiti.

Pertama, anda perlu tahu produk apa yang anda nak hasilkan?

Produk Whitening ke? Hair care ke? Cleanser ke? Body wash ke atau Detox ?

Kedua, anda perlu tahu formula yang diperlukan untuk hasilkan produk tersebut?

Kalau anda nak hasilkan produk Detox perisa coklat? Boleh. Pastikan anda dapatkan rundingan dari yang pakar.

Ketiga, anda perlu tahu apakah konsep dan design yang anda inginkan.

Kebanyakan bakal founder dekat luar sana tidak fikirkan konsep dan design berdasarkan target market mereka. Itulah sebabnya produk kita tidak boleh breakthrough market.

Cara Jadi Founder Kaya

Contoh produk Detox,Berapa sachet yang anda inginhasilkan per box? 15 sachet? 20 sachet? 25 sachet?

Design? Jenis yang mana yang anda nak gunakan? Nak pakai Pouch ke? Foil Sachet ke?

Konsep? Apa yang sesuai untuk target market anda? Minimal ke? Esklusif ke? 

Cara Jadi Founder Kaya

Anda perlu tentukan daripada awal supaya anda boleh dapatkan harga mengikut kesesuaian produk yang anda ingin hasilkan.

Barulah anda boleh tahu berapa harga yang anda boleh jual supaya boleh kaya macam Dato Vida..

Recap semula,

1.       Produk apa yang anda nak jual?

2.       Formula produk tersebut?

3.       Konsep dan design?

Anda boleh tonton video untuk tahu proses pengeluaran kami.

Jika anda ingin jadi founder kaya, klik link di bawah untuk sesi rundingan bersama Sales Team kami.

Categories
OEM

Masih Ragu-Ragu Ke?

Masih Ragu-Ragu Ke?

Leceh nak pergi banyak tempat untuk hasilkan produk…

Ambil masa yang lama nak buat produk sendiri…

Tak tahu boleh untung ke tidak kalau buat ni…

Tak tahu market..

“STRESS!”

Hasilkan produk jenama sendiri

Hai semua bakal founder, pernah ke terdetik di hati dengan masalah di atas?

Relax, semua benda boleh settle.

Leceh ke nak buat produk?

Tidak, kerana kami adalah “One Stop Centre OEM” di mana kami sediakan rekabentuk kotak yang menarik, logo yang unik, kotak foil atau normal untuk anda pilih, printed sachet untuk produk anda, gambar 8 keping, video 30 saat, website serta domain.

Hasilkan produk jenama sendiri

Ambil masa ke nak buat produk?

Tidak, kerana kami mempunyai kilang yang boleh settle semua untuk anda. Anda tak perlu buang masa pergi banyak tempat untuk dapatkan quotation dan sebagainya. Serahkan saja pada yang pakar.

Hasilkan produk jenama sendiri

Tak tahu boleh untung ke tidak?

Anda perlu tahu kami sediakan sesi rundingan bersama Sales Team kami di mana anda boleh ajukan sebarang pertanyaan untuk mengetahui produk di market supaya anda lebih berhati-hati untuk keluarkan produk.

Hasilkan produk jenama sendiri

Tak tahu market?

Kami sediakan formula untuk anda kenalpasti pengguna yang tepat untuk produk anda. Dengan bantuan Sales Team kami anda boleh analisis sebelum keluarkan produk supaya lebih selamat.

Lepas baca, lega tak?

Kebanyakan dari kita akan ada banyak ‘thinking’ yang berunsurkan negatif di mana ia akan menyekat semua tindakan yang kita ingin ambil.

Belajar ‘control’ dan luahkan kerisauan anda tentang pengeluaran produk sendiri kepada yang pakar.

Bila kita lebih yakin, kita sendiri akan senang mengambil keputusan.

Go big or go home!

Nak tahu lebih lanjut tentang pengalaman pelanggan kami yang dah berjaya hasilkan produk jenama sendiri?

Categories
OEM

Jadi Founder Dengan Mudah

Jadi Founder Dengan Mudah

Selama ni anda asyik berangan je nak jadi founder. Sebab bila jadi founder, boleh jadi boss. Dapat duit kepuk-kepuk setiap bulan. Boleh beli kereta mahal dan rumah besar. Boleh jadi femes!

Fuh.. Kalau berangan je memang best.

Tapi persoalan dia, susah ke senang nak jadi founder? Bagi kami yang memang berpengalaman dalam bidang OEM ni, memang tak susah. Senang jika anda tahu step-step yang diperlukan.

Jadi Founder Dengan Mudah

Step pertama: Register SSM

Pelanggan tidak akan pernah ambil serius tentang kewujudan brand anda jika anda tidak mempunyai SSM.

Step kedua: Kenalpasti jenis produk yang anda ingin keluarkan

Sebagai contoh, anda teringin nak keluarkan produk supplement.

Tetapi supplement jenis apa yang anda inginkan? Jika anda berminat kepada supplement jenis cecair. Anda perlu jawab beberapa soalan ni sebelum anda yakin inginkan keluarkan produk jenis cecair.

Kepada siapa yang anda nak jual: ( Target kepada orang yang kulit putih )

Siapa target market anda: ( Perempuan yang berumur 20 hingga 30 tahun )

Kelebihan produk anda: ( Berkesan dalam masa seminggu )

Selling point: ( Menggunakan bahan organik serta tiada perasa tiruan )

Manfaat: ( Membantu mencerahkan kulit, menganjalkan wajah serta pudarkan parut )

Ini adalah contoh sahaja, tetapi jika anda ingin memahami produk yang bakal di keluarkan anda boleh je isi semula ruangan tersebut.

Jadi seorang founder

Step ketiga: Anda perlu mencari kilang OEM yang berpengalaman

Untuk memudahkan proses pengeluaran anda perlulah deal dengan satu kilang sahaja. Proses yang anda perlukan adalah dari pengeluaran produk, reka bentuk kotak, pendaftaran KKM, penghantaran serta gambar dan video.

 

Banyak betul prosesnya kan? Tetapi kalau anda memilih kilang kami, kami bantu anda mengeluarkan produk yang berkesan dan dapatkan repeat order yang stabil.

 

Kami boleh bantu anda kerana kami mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang OEM dan pembungkusan serta telah membantu rakan-rakan artis seperti WAWA, Baby Pian serta Isa Khan.

Proses hot stamping memerlukan proses tampalan foil (gold dan silver) ke atas kotak dengan menggunakan suhu yang tinggi. Pembungkusan yang menggunakan hot stamping akan tampil mahal dan lebih esklusif.

Step keempat: Temujanji dengan sales team

Jika anda sudah yakin dengan keputusan anda, anda boleh booking satu temujanji dengan sales team untuk membantu anda dapatkan sample untuk dicuba. Anda juga boleh berbincang tentang harga dan kuantiti serta proses yang bakal dilalui.

Jadi Founder Dengan Mudah

Step kelima: Design kotak

Untuk fasa ini, founder akan bekerjasama secara dekat dengan in-house designer untuk memilih design, finishing, konsep serta warna. Kebanyakan ramai founder akan STUCK di step kelima kerana amendment yang berkali-kali serta tak tahu konsep yang ingin dikeluarkan. Haa.. Jangan main-main ye, banyak sangat proses yang anda perlu bincang dengan in house designer.

Step keenam: Production

Bila anda dah berada dalam fasa production anda perlu tahu berapa lama proses yang perlu dikeluarkan untuk produk anda.

Jadi Founder Dengan Mudah

Step ketujuh: Penghantaran

Apabila produk anda sudah siap, bila tiba untuk proses penghantaran, anda boleh pilih sama ada ingin pickup atau delivery.

Step kelapan: Marketing

Haa.. Marketing ni yang membuatkan founder-founder baru stress. Yelah, nak jual produk lagi, nak marketing lagi, mana nak sempat.

Yang paling penting, anda kena plan hari-hari anda. Sediakan content di media social. Antara platform yang sesuai seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Whatsapp. Gunakan platform ini untuk push anda punya marketing dari segi iklan berbayar, content marketing ataupun video marketing.

Akhir kata, nak menjadi founder amat mudah sekiranya anda nekad untuk mengubah kehidupan anda.

So, saya nak tanyalah selepas anda baca semua step-step untuk menjadi founder ni, anda yakin ke tidak untuk keluarkan produk jenama sendiri?

Kalau dah rasa yakin, boleh je direct tekan link kami dan buat temujanji!

Have a nice day everyone!