Jadi Founder Dengan Mudah

Selama ni anda asyik berangan je nak jadi founder. Sebab bila jadi founder, boleh jadi boss. Dapat duit kepuk-kepuk setiap bulan. Boleh beli kereta mahal dan rumah besar. Boleh jadi femes!

Fuh.. Kalau berangan je memang best.

Tapi persoalan dia, susah ke senang nak jadi founder? Bagi kami yang memang berpengalaman dalam bidang OEM ni, memang tak susah. Senang jika anda tahu step-step yang diperlukan.

Jadi Founder Dengan Mudah

Step pertama: Register SSM

Pelanggan tidak akan pernah ambil serius tentang kewujudan brand anda jika anda tidak mempunyai SSM.

Step kedua: Kenalpasti jenis produk yang anda ingin keluarkan

Sebagai contoh, anda teringin nak keluarkan produk supplement.

Tetapi supplement jenis apa yang anda inginkan? Jika anda berminat kepada supplement jenis cecair. Anda perlu jawab beberapa soalan ni sebelum anda yakin inginkan keluarkan produk jenis cecair.

Kepada siapa yang anda nak jual: ( Target kepada orang yang kulit putih )

Siapa target market anda: ( Perempuan yang berumur 20 hingga 30 tahun )

Kelebihan produk anda: ( Berkesan dalam masa seminggu )

Selling point: ( Menggunakan bahan organik serta tiada perasa tiruan )

Manfaat: ( Membantu mencerahkan kulit, menganjalkan wajah serta pudarkan parut )

Ini adalah contoh sahaja, tetapi jika anda ingin memahami produk yang bakal di keluarkan anda boleh je isi semula ruangan tersebut.

Jadi seorang founder

Step ketiga: Anda perlu mencari kilang OEM yang berpengalaman

Untuk memudahkan proses pengeluaran anda perlulah deal dengan satu kilang sahaja. Proses yang anda perlukan adalah dari pengeluaran produk, reka bentuk kotak, pendaftaran KKM, penghantaran serta gambar dan video.

 

Banyak betul prosesnya kan? Tetapi kalau anda memilih kilang kami, kami bantu anda mengeluarkan produk yang berkesan dan dapatkan repeat order yang stabil.

 

Kami boleh bantu anda kerana kami mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang OEM dan pembungkusan serta telah membantu rakan-rakan artis seperti WAWA, Baby Pian serta Isa Khan.

Proses hot stamping memerlukan proses tampalan foil (gold dan silver) ke atas kotak dengan menggunakan suhu yang tinggi. Pembungkusan yang menggunakan hot stamping akan tampil mahal dan lebih esklusif.

Step keempat: Temujanji dengan sales team

Jika anda sudah yakin dengan keputusan anda, anda boleh booking satu temujanji dengan sales team untuk membantu anda dapatkan sample untuk dicuba. Anda juga boleh berbincang tentang harga dan kuantiti serta proses yang bakal dilalui.

Jadi Founder Dengan Mudah

Step kelima: Design kotak

Untuk fasa ini, founder akan bekerjasama secara dekat dengan in-house designer untuk memilih design, finishing, konsep serta warna. Kebanyakan ramai founder akan STUCK di step kelima kerana amendment yang berkali-kali serta tak tahu konsep yang ingin dikeluarkan. Haa.. Jangan main-main ye, banyak sangat proses yang anda perlu bincang dengan in house designer.

Step keenam: Production

Bila anda dah berada dalam fasa production anda perlu tahu berapa lama proses yang perlu dikeluarkan untuk produk anda.

Jadi Founder Dengan Mudah

Step ketujuh: Penghantaran

Apabila produk anda sudah siap, bila tiba untuk proses penghantaran, anda boleh pilih sama ada ingin pickup atau delivery.

Step kelapan: Marketing

Haa.. Marketing ni yang membuatkan founder-founder baru stress. Yelah, nak jual produk lagi, nak marketing lagi, mana nak sempat.

Yang paling penting, anda kena plan hari-hari anda. Sediakan content di media social. Antara platform yang sesuai seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Whatsapp. Gunakan platform ini untuk push anda punya marketing dari segi iklan berbayar, content marketing ataupun video marketing.

Akhir kata, nak menjadi founder amat mudah sekiranya anda nekad untuk mengubah kehidupan anda.

So, saya nak tanyalah selepas anda baca semua step-step untuk menjadi founder ni, anda yakin ke tidak untuk keluarkan produk jenama sendiri?

Kalau dah rasa yakin, boleh je direct tekan link kami dan buat temujanji!

Have a nice day everyone!