Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu!

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu

Semua benda nak buat sendiri,

Tak tahu nak fokus yang mana,

Tak dengar nasihat,

End up produk lambat nak keluar…

Please founder semua, bila nak keluarkan produk kena buat preparation dulu.

Jangan main redah je nanti semua tak jadi.

Pertama, anda perlu belajar dan topup ilmu. Macam mana nak jadi founder kalau semua benda kita tak tahu betul tak… Dari segi produk, packaging, finishing, KKM application dan sebagainya. Barulah semua yang kita rancang untuk hasilkan produk jenama sendiri berjalan dengan lancar. Bila nak finalize untuk production akan jadi lebih mudah.

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu

Kedua, anda perlu tahu BIG WHY anda. Contoh, anda nak keluarkan produk detox. Kenapa anda nak keluarkan? Adakah anda pernah alami masalah susah nak membuang atau banyak angin? Ataupun anda mahu bantu mereka yang mempunyai masalah sama? Barulah produk anda kekal authentic dan tidak terikut dengan trend…

Jangan Main-Main, Kena Prepare Dulu

Ketiga, anda perlu kaji pengguna anda. Sebelum anda berani nak bina jenama sendiri, anda perlu tahu kepada siapa anda nak menjual? Kerana dari situ, anda boleh dapatkan banyak maklumat supaya branding anda, packaging anda ataupun konsep produk anda akan kena dengan golongan tersebut..

Dapat sesuatu tak daripada perkongsian harini?

Jika anda serius ingin jadi founder yang berjaya, boleh tekan link untuk temujanji.