Assalamualaikum!
So far kami dah lama dalam OEM & Printing, belum pernah kami ada customer yang tak kisah kotak pembungkusan dia tak cantik.
Ramai yang picky tentang kotak,Semua nak cantik, Semua nak stand out And Semua nak berkualiti.
Dari situ kita dah boleh nampak, pembungkusan kotak adalah first impression untuk jenama anda. Kalau produk anda dah bagus, tetapi produk pembungkusan nampak murah, tetap orang akan cakap, “Ni produk murah ke?”
Sebab itu antara elemen yang menjadikan sesuatu kotak tu cantik dan nampak mahal adalah finishing.
Tetapi malangnya, tak semua founder tahu, apa itu finshing.
Pertama, Gloss Laminate.
Kalau anda nak tahu, gloss laminate antara finishing yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan founder. Kotak anda akan nampak lebih berkilat dan menarik. Selain itu, kotak anda akan lebih menonjol jika dibandingkan dengan produk yang ada di pasaran yang hanya menggunakan finishing biasa.
Kedua, Matte Laminate.
Tidak seperti gloss laminate, matte laminate memberikan kesan yang lebih natural terhadap kotak anda. Ia kelihatan lebih lembut serta menghasilkan contrast pada permukaan warna kotak.
Ketiga, Hot Stamping.
Proses hot stamping memerlukan proses tampalan foil (gold dan silver) ke atas kotak dengan menggunakan suhu yang tinggi. Pembungkusan yang menggunakan hot stamping akan tampil mahal dan lebih esklusif.
Keempat, Emboss.
Emboss merupakan proses bagi membentuk permukaan text, logo atau imej timbul berbanding permukaan sekeliling. Bahagian yang timbul disebut sebagai 3 Dimensi atau 3D di mana design dapat dilihat daripada 3 sudut (atas, depan dan sisi).
Kelima, Spot UV.
Spot UV adalah permukaan yang berkilat untuk diletakkan pada logo dan text sahaja.
Sekarang adalah masa untuk anda fikir balik, jenis finishing yang anda perlukan untuk kotak pembungkusan anda…
Anda ingin hasilkan kotak pembungkusan yang mampu menjadikan produk anda meletup di pasaran? Mari Domes bantu anda realisasikan impian anda!